Wednesday 14 September 2011

assalamualaikum..
In the Name of Allah. The Most Gracious The Most Merciful <3

okaayy...
i am totally giddy right now
just now checking on my 'muka buku' andd guess what..>,<
on the section 'you may know' 
'muka buku' randomly put one of my crush as a suggestion (o)_(0)
and i being me...
just go @#$%$%&FF*^6& andd fighting with thought  <ottoke?>
should i add him or not??
butt..dah janji with him xkan add dye..
add, not, add, not, add, not
lastly...
NOT ADD -__-'
that's me being me..never stoop that low for a mere crush although my heart refused!
sad..i know but what can i do..
egoist..maybe or is it bcoz im too shy...hohoho..yelah sangat kan..
seeing that this is not the first time im positing things like this,
how pathetic my life is ...;(




and now im in dilemma should i refresh the page or not?

Monday 12 September 2011

Halalkan Cintaku :)



Sang sanubari...
Jodohku di tangan ALLAH
Namun kau tetap harus menjemputnya
Agar tak selalu di tangan ALLAH
Sanubari....jemputlah aku
Dengan kenderaan IMAN dan TAQWAMU
Khitbahlah aku dengan hafalan surah AR RAHMAN Mu
Beri aku perhiasan dengan sunnah rasulMu
Dan ingatlah sebelum melangkah
Mintalah izin kepada pemilik sejati
Melalui 2 rakaat ISTIKHARAHMU
Andai telah ditakdirkan dia JODOHKU
Akan ku terima dia seadanya

ℒℴν


Monday 5 September 2011


" Jika kau mencintaiku kerana Allah, tidak perlu risau andai kita tidak dapat bersatu..
kerana kita tidak pernah tahu apakah aku sudah cukup baik untuk dirimu dan kau baik untukkku menurut Allah..
SubhanaAllahh..indahnya kurnianMu "

macam-macam dunia

assalamualaikum..
in The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful.


masuk hari ini da masuk lapan syawal kita menyambut hari raya..tidak sedar betapa cepat nye mase berlalu.rase seperti baru je semalam kita mula berpuasa kan..macam-macam ragam budak-budak dalam dom ni..balek hostel macam-macam jenis kueh raye ada..pesta makanan pula..ingat jangan membazir yer kawan-kawan..


tahun ni raya first kat kampung belah mak..kat Pontian, Johor..suke?
emmm...xpon..hehe.kenape? 
ahaha..secretlah..ade sebab la kn..


raye ke-2 balek kampung belah abah di Kota Tinggi, Johor gak..
raye kali kat kg abah meriah la jugak. sampai tak jejak tanah berjalan..heehe
cucu-cucu che non yg hensem n comel >,<


raye ke-4 bru balek rumah.
assingment berlambak-lambak mcm buat tesis untuk pHd la pulak kan..


then, ahd bru la balek ke Nilai semula...mestilah aq happy..sebab kalau kat rumah sure aq x siapkan assignment2 ni..fuhhhh..balek naek bus dri segamat sampai TBS sebab ticket train da sold out da..memang jam la kan jalan..mana taknye orang berpusu-pusu nak balek rumah lepas bercuti hari raya...then bila da sampi kene naek komuter pulak..MasyaAllah..x pernah aq naek komuter ramai sangat macam ni..yelah selama ni balek raye sekali naik kereta dengan abg..tp sekarang abg da pindah JB so, kenelah naik bus sendiri..


bila duduk dalam train, mcm2 orang aku jumpa..mcm2 jenis gaya tudung n selendang orang zaman sekarang pakai..dari stesen BTS sampi Nilai aq berdiri..it's okay..aq x kisah pon..heran jugak kenape hari tu aq x rase penat n lelah langsung  macam selalu..tpi aq kesian kat sorang makcik ni..aq rase sebelum aq masok komuter makcik tu da berdiri lame da agaknye..dengan barang penuh kat tangan..xkan xde sorang pon nk bgi makcik ni duduk..nasib je aq pon berdiri jugak..don't be selfish okay..kesian la kat makcik tu..around mak cik tu semua budak-budak muda belaka..masih kuat lagi ..xkan x mampu nak berdiri lame kot..cubalah pikir kalau mak ayah dorang berada dalam situasi makcik tu..x kesian ke..sampai stesen ukm brulah makcik tu dapat duduk..itupon lepas budak-budak muda tu keluar..pelajar ukm I guess..ek eleh x payah la nak berlagak sangat jadik budak u..


itulah manusia zaman sekarang..xtau lah ape akan jadi kalau semua orang jadi macam ni in the future..aq tau aq pon xde lah baek sangat macam pelajar-pelajar agama..thats why aq tulis entry ni untuk bgi peringatan buat aq sendiri :)


ok lah..rase nye da nak tidur la dulu..keje pon da habes buat..lega tau x!!!  hahaha
assalamualaikum!




p/s : seronoknye sebab budak uk tu balek sambut raye kat mesia...suke la awk kn >,<
       mane duet raye untuk saye ek?? hehe



Thursday 25 August 2011

selamat hari rayer!!

selamat hari rayer!!
seriously sebak je hati bile kawan2 sebilik semua da balek..
dalam 18 org..yang tinggal sekarang cuma 5 orang..

dikesempatan ini, mira nak ...


nak mintak maaf laa~~~
sebab mira selalu nyusahkan orang :(
hopefully, raye dan ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun2 sebelumnye ..AMEEN

Wednesday 24 August 2011

Puasa aku tahun lepas, dan puasa aku tahun ni, tak sama.
Diri aku tahun lepas, dan tahun ni pon tak sama.


 Aku pun taktau la apa jadi, tapi sejak-sejak dah berusia 19 ni, I’m no longer the person I used to be. Sesape yang kenal aku sejak sekolah rendah sampai ke sekolah menengah dulu, you’ll no longer meet that person.

Who am I now?



 Aku yang sekarang ni, sedang dalam perjalanan mencari diri yang baru. I no longer ‘like’ that person I used to be. I am currently addicted to Quran recitation by Saad Said Al-Ghamidi, with captivating translation at Youtube.Sebelum ini, hanya membaca Al-Quran, dan read the translation..just baca dgn kadang2 paham dan tak paham apa makna surah2 tersebut. Sebab merasakan diri Islam. Percaya 6rukun Imam dan 5 rukun Islam. We are born Islam, dibesarkan dgn didikan Islam, dan berada dalam negara Islam. Fine. dan macam perfect kan. But somehow, bila berada jauh dari keluarga..dimana teman  selalu Tanya soal agama.. mcm terkesima tak tahu nak jawab apa, hanya bule jawab “aku lupe la all these and kdg2 hanya senyum saja. Rasa lidah ini tak pandai nak berkata-kata, menjawab segala pertanyaan yg dikemukakan.

Aku dah tak berapa suka diri aku yang dulu.


By Allah will, one day [in this Ramadhan] while I was bloghoping, terjumpalah video 'The Kingdom (Al-Mulk)' at blog seseorg ni. MasyaAllah, makna2 surah yg sebelum ini pernah dibaca berkali-kali, kali ini maknanya semua berpusing2 dalam kepala dan Alhamdulilah sangat mudah dipahami. Then i tried to search more video from the al-mulk-video developer in Youtube, sampai la terjumpa video 'The Beneficient (Ar-Rahman)'. Dulu masa di sekolah, setiap kena baca surah ni, dan tahu surah tersebut ada satu ayat istimewa yg sentiasa berulang2 dan ada maknanya yg tersendiri, tapi kali ini, by looking at this video.....dia punya maknanya.....sangat mendalam......

Aku yang sekarang ni, sedang dalam Hijrah, meninggalkan perkara-perkara tak elok yang tersemat dalam diri selama 19 tahun sebelum ni. Insya Allah.

 Aku yang tahun lepas, dan aku yang tahun ni, dah tak sama.

Sebenarnya sejak-sejak dah berusia 19 ni, bila aku imbas balik aku di usia-usia lepas, aku malu.  Serius malu. Banyaknya benda-benda yang aku buat, Allah tak suruh pun, dan banyaknya benda-benda yang Dia suruh aku buat, aku tak buat.

Last year, fasting for me is about surviving through the hungriness, thirst and tiredness while trying not to do bad things, and always too tired to do terawih. I didn’t have the streghth to fight the tiredness and lazyness. Raya,  is just some joy of wearing something new, having fun meeting with families & friends and all the beautiful  food.

Aku yang tahun lepas, dan aku yang tahun ni, dah tak sama.

Sebab sejak-sejak dah berusia 19 ni, aku decided nak banyakkan membaca untuk menjadi bekal perjalanan mencari diri ni, and in order to get more time to read (previously there’s always I don’t have the time to read’ as an excuse) and rarely on twitter and I don’t watch TV anymore. Sebab aku rasa banyak nya benda yang aku tertinggal.

 Jadi, hasilnya, boleh dikatakan puasa aku tahun lepas, dan puasa aku tahun ni, tak sama.

Puasa tahun ni bagi aku is to renew all my habits and cure my addicitions. Give new ways to my brain and hormone to function. Orang kate nak renew benda baru ni susah. Yes, I admit it. Buuttt..believe that when we do anything for 30 days straight, our brain will make it automatic…if tak percaya,try lah..


Let say bulan puasa yg 30 hari ni, we train our nafsu by stop feeding them what they need. Masa bukan bulan puasa, we will always just  follow our nafsu makan, put everything we crave inside our stomach. Bila something buat kita marah, mengusik hormon yang melahirkan reaksi nak marah, fizikal kita selalu bertindak ikut perasaan marah ni. Semuanya ikut nafsu (jarang guna akal), tapi bila puasa yang sebenar-benar puasa,  kita melatih sifat SABAR, yg paling susah nak dapat,  tapi paling besar ganjaran dan khasiatnya kepada our faith, atau dalam bahasa melayu nya IMAN.

Latih betul-betul sifat SABAR ni for 30 days, otak kita dah sepatutnya lost the connection highway untuk bertindak mengikut nafsu amarah, untuk binge melayan nafsu lapar. Kita memilih untuk SABAR, daripada melayan emosi  dan hormon-hormon yg cenderung untuk tamak, berduka, bersedih, membenci, kecewa dan putus asa.

 Do anything for 30 days, it will become automatic. (tak percaya boleh cuba sendiri)
Practice Make Perfect!

 Dan sepatutnya 11 bulan yg lain, kita kekal dalam sifat SABAR ni dalam kehidupan sehari-hari kita. But most of us selalu balik ke keadaan asal waktu hari pertama raya. Instead of meraikan kejayaan kita mendidik nafsu ni, kita feed balik nafsu kita sepuas-puasnya dengan hiburan lagha, ketamakan, kebendaan dan suka ria, jadi apa yg kita trained otak kita 30 hari masa bulan puasa tu jadi sia-sia, our brain connections yang automatically do new (good) habits tu dah terbatal.

 Terawih last year for me, is just terawih. But this year terawih is about fighting the pain and tiredness in order to arrive at the finish line. Bila kita melawan nafsu untuk berhenti separuh jalan, bila kita mendidik diri untuk menahan kepayahan dan kesakitan yang tidak dpt dielakkan in order for us mendapat hasilnya, ganjarannya besar. Kejayaannya manis, besar tak tergambar. Be it for terawih everyday for 30 days atau benda-benda lain dalam hidup yg juga memerlukan ketahanan macam terawih.

 I don’t have any conclusion for my entry, I hope anyone who read this can use our most precious harta from Allah, iaitu akal, untuk merenung dan menimbang dan mengaplikasi pada realiti dan masaalah kehidupan masing-masing. Apa yg aku tulis ni sekadar memerhati dan belajar sesuatu dari pengalaman kehidupan dan kesilapan  (dolu-dolu) aku sendiri.



Kadang-kadang bila kita rasa resah tentang hidup, what we need adalah SABAR yg begitu susah nak dimiliki tapi boleh dilatih untuk menjadi milik kita, di mana bulan puasa (melalui ibadah puasa dan terawih) adalah latihan paling agung, tiada bulan lain sepertinya.

Tapi ramai yang sekadar puasa dan terawih, tapi tak nampak apa faedah perbuatan kita yang sebulan ini untuk 11 bulan akan datang. Termasuk aku yang tahun lepas
.
 Aku yang tahun lepas, dan aku yang tahun ni, dah tak sama.

Dan aku harap apa yang aku tuliskan ni kalau tak banyak pun sikit dapat melahirkan inspirasi kepada sahabat-sahabat yang  membaca agar kita yang tahun ini sama-sama lebih baik dari kita yang tahun lepas.
 Let us make this bulan puasa as a training so that  11 months after this our brain will use our consciense, atau dalam bahasa melayu nya AKAL, untuk memandu kehidupan kita sehari-hari, bukannya sekadar membiarkan jasad kita dipandu nafsu.



 Harapan aku biarlah jalannya sukar di permulaan perubahan ini, moga di kemudian hari ada sinarNya dtg menyuluh pada aku...sebab aku percaya....hanya dgn usaha yang bersungguh-sungguh dan sentiasa berdoa padaNya, mohon padaNya..insyaAllah akan ada kejayaan di hadapan....Ameen....

"La yuraddul Qada'illa du'a.."
"Nothing could change the Qada' except Du'a.."
"Tidak berubah Qada' melainkan dengan Doa.."
~Sabda Nabi Muhammad S.A.W.



Dan semoga raya kita tahun ni, adalah untuk meraikan kejayaan kita mengharungi ‘training’ ni.
 Wallahu’alam dan Wassalam.

Friday 19 August 2011

please stop being 'geli' to animal...



::in The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful::


assalammualaikum


actually entry kali ni saya nak cerita seket pasal kesah kucing ni...aslnya saya dapat dari entry seseorg n now saye saje je nk share sket pasal haiwan yg sgt chumel ni..:)


suatu masa dahulu Rasulullah ada berpesan kepada umatnya agar menyanyangi kucing kerana Rasulullah sendiri memiliki kucing bernama Mueeza..
antara sifat Mueeza ni yg Rasulullah suka...Mueeza ni suka mengiau ketika mendengar azan...seolah-olah dye ni menjawab laungan azan >,< bagossssskan kawan2..
Raulullah sangat menyanyangi Muezza sehinggakn sewaktu dye ni tertidur di atas jubah Rasulullah, baginda sanggup memotong jubahnya itu...hebatkan!! if saye la kan...





lagi satu,,baginda pernah bersabda bahawa kucing adalah badan,bulu dan bekas dari sisa makannya adalah suci dan bukannya najis..


sedangkan Rasulullah sendiri begitu pasti dengan kesucian kucing ..mengapa masih ada lagi antara kita yg hanya insan biasa begitu dan SANGAT ragu-ragu untuk memegang kucing...-_-'





act byk lgi keistimewaan kucing yg telah saye bace tpi malas lah nk ulas pnjg2..
cuma..i'm still wonder why people look at a cat as animal that are very jijik..menakutkan and so many other words yg menunjukkn diorang ni xsuka kucing...seriously sometimes i feel like 'ishh pasai po ntah dorang ni takut sangat kat haiwan comel tuh..sajelah tu nak menggedik'...hahaha
tulah sape suruh x suka kucing..kan saye da pikir camtu..
nasib korang la...-__________________-'


anddd bile saye tye soklan camni " kenape u takut sangat dgan kucing ek?"
usually dengan selambe tapainye that person will answer with " saya takut kene asma lah..kucing kn berbulu..orang kate bulu kucing boleh buat asam asma" andd whatsoever la.kan..mcam-macam jawapan. 


ekelehhhhhhhhhhhh...
btw, bukanlah saye nak mengata..but yeah i just want to know why..itu sahaja..
maybe ade betul nye..yelah kite kan mestilah kene 'husnuz zhon'..tpikan ape kate kite tepis je perkataan 'orang kate' tu...kan bagushhh...coz semua tu pokok pangkalnye melalui bagaimana kita menjaga tahap kebersihan diri dan kawasan sekeliling..done..











p/s : tengah hari tadi lps habes kelas g belok b bersama-sama raz n puteri dgn tujuan nak tman sekali dorg g sane ...tpi  dlm hati nak tgok baby kucing kt tepi kedai shabab...seriously omputeh kate OMG..org islam kate Ya Allah byk chumel la itu budak...wahaha..tapi ade 'nenek' cina restoran Kam Loi yg x belajar adab pade haiwan (org kafir kan) selambe badak dye je pi sepak baby cat ngan mama dye tu..frankly speaking tergamam..terkaku..terkezzzzut dgn ape yg kafir tu buat [ishhh jahat sungguh mulut aq bulan2 pose ni]
naty baby cat n mama dye doa biar x untung sampai bile2 restoran dye bru tau...


p/s ii : solute kat auntie  n uncle kedai convenience yg baek gler kat kucing dye..patutlah kedai dye x putus2 org beli :) semoga mereka mendapat hidayah..AMEEN..


p/s iii : mak saye ckp bile kite buat baek pade haiwan..mereka akan sentiasa mendoakan kite >,< 


p/s iv : thanks God bcoz temukan saya dgn seseorg yg sangat sayangkan kucing 
           *u are special to me*-betul saye x tipu >,<

Sunday 14 August 2011

Ya Allah...permudahkanlah urusanku:)

assalamualaikum...ahlan wa sahlan ya ramadhan..
berlalu sudah minggu yang memenatkan..datang pula minggu yg aku rasa jln tak jejak tanah kot..huhu
mane x nya lepas satu lepas..datang pulak lg satu...aishh...dengan exam, project account,presentation economic, nak sain kontrak jd pelakon tambahan lagi..>,<.

dan esok...bru aku dapat tau ada quiz COMPUTER weh..aduhai hati...bukannye madam xde ckp..tpi aku lupe sgt2...mohon A llah permudahkan segala urusan aku esok..AMEEN..
wish me luck ok...
da nak msok waktu berbuka dah ni...mira nak wish 'selamat berbuka puase'...
tq..


p/s: seyes nak balek umah..tpi bila dok kt ostel waktu cuti seronok la pulak sebab x rmi org:)

Sunday 7 August 2011

Assalamualaikum there...
Thee heee~~
I am feeling lively today...
Thanks Allah for everything.
Alhamdulillah..



btw,,

I miss someone right now.
He constantly reminds me of the beautiful things Allah had created.
Alhamdulillah...

I don't wanna expect too much
but i have some hope.

Expecting too high will hurt you...
be average, girl!
be humble...

Until next time, dear..>,<


pict ni xde kene mengena pon...haha

Tuesday 2 August 2011

kelebihan terawih

dulu ingat lagi waktu aku kecik-kecik comel lote tu...mak and abah ajak pi solat terawih kat masjid sama2 punyelah malas...kalau pergi pon just nak jumpe kawan-kawan sebab nak maen kejaq2 ngan baling selipar...hehe dahlah main ambil je selipar sape2 kt luar masjid tu...kecian makcik2 yg kehilangan selipar mereka...huhu..minta maaf yer makcik2...nakal jugak ek aku dulu...dulu, zaman kanak2...mane tau spesel2 solat terawih ni...yang aku tau dlu ikut abah pergi masjid sebab nak tunggu abah bagi moreh...wuhooo...sodap bubur lambuk...huu ni yang meningkatkan keinginan aku nak balik rumah ni...>,<
and...entry kali ni aku nak ceritakan kelebihan2...solat terawih ni...sooo...enjoy ya..fikir-fikirkan dan selamat beramal!!





malam 1 :: keluar dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan , mendapat keampunan dari Allah .

malam 2 :: diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu-bapa (sekiranya mereka orang yang beriman)

malam 3 :: berseru malaikat di bawah Arasy sampai kami meneruskan solat terawih terus menerus sehingga Allah mengampunkan dosa engkau .

malam 4 :: memperoleh pahala ia seperti mana pahala orang2 yang membaca kitab Taurat , Injil , Zabur dan Al-Quran .

malam 5 :: Allah kurniakan hasilnya pahala seumpama orang solat di Masjidil Haram , Masjid Madinah dan Al-Aqsa .

malam 6 :: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat2 yang tawaf di Baitul Makmur (70 ribu malaikat sekali tawaf) serta setiap batu2 dan tanah2 mendoakan sampai Allah ampunkan dosa2 orang yang mengerjakan solat terawih pada malam ini .

malam 7 :: seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Baginda menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman .

malam 8 :: Allah mengurniakan pahala orang solat terawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S

malam 9 :: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambaNya seperti Nabi Muhammad S.A.W .

malam 10 :: Allah S.W.T kurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat .

malam 11 :: keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia bau dilahirkan .

malam 12 :: datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)

malam 13 :: datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan .

malam 14 :: datang malaikat melihat ia solat terawih , serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat .

malam 15 :: semua malaikat yang menanggung Arasy , Kursi berselawat dan mendoakan sampai Allah mengampunkannya .

malam 16 :: Allah tulis baginya , terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga .

malam 17 :: Allah kurniakan orang2 yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak2 pahala Nabi .

malam 18 :: seru malaikat : '' wahai Hamba Allah ! sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup @ mati ) ''

malam 19 :: Allah S.W.T tinggikan darjat dalam syurga Firdaus .

malam 20 :: Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang2 yang mati syahid dan orang2 yang solihin .

malam 21 :: Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada Nur .

malam 22 :: datang ia , pada hari kiamat aman , daripada tiap2 dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru hara di padang mahsyar )

malam 23 :: Allah S.W.T binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur .

malam 24 :: Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok berdoa ketika di dalam masjid)

malam 25 :: Allah Taala angkatkan daripadanya seksaan kubur .

malam 26 :: Allah kurniakan kepada orang yang berterawih pahala pada malam itu seumpama 40 tahun ibadat .

malam 27 :: Allah kurniakan orang yang berterawih pada malam ini ketangkasan melintasi atas titian siratul mustaqim seperti kilat menyambar .

malam 28 :: Allah kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat

malam 29 :: Allah kurniakan kepadanya pahala 1000 haji yang mabrur .

malam 30 :: Allah beri penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali , lalu berfirman : " Wahai hambaKu ! makanlah segala jenis buah2 yang kau ingin makan di dalam syurga , mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila , serta minum air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad yang bernama Al-Kausar .''







okayyy...sekarang ni korang dah tau kan kelebihan solat terawih ni...besar pahala..besar nikmatnye...semoga Allah memberi peluang untuk kita merasai lewat2 hari di bulan ramadhan ini..AMEEN :)

Saturday 30 July 2011

peringatan buat diriku,,



kita : manusia kejadian teragung kurniaan Tuhan
gahnya manusia kerana memiliki nafsu dan perasaan
sesuatu yang tiada pada makhluk yang lainnya
tapi kita,manusia harus sedar :
                                                                kita suka merancang
sedang kita bukan menentukan
kita sibuk menguar2kan nilai kesepakatan
sedang kita sendiri kearah pepecahankita selalu sibuk menegakkan keadilan
sedangkan yang dicapai berat sebelah
kita sibuk mengetengahkan nilai insaniah
sedang ujian ditimpa gagal dikawal emosi dan perasaan
dimana nilai asli kita sebagai seorang insan?
itu silapnya kita manusia kurniaan teragung Tuhan..



kadang2 hati dan perasaan merasai kemurungan
memikirkan tentang ujian ketentuan Tuhan
kita..manusia hamba ciptaanNya xkan mampu lari dari fitrah kejadian
setiap ujian dilalui..akan pasti dirapati 
setiap ujian di tempuhi..sudah pasti berbekalkan kesedihan dalam diri
sebelum sebarang vaksin kesabaran,ketabahan dan keteguhan disuntik dalam arteri
itu kita..manusia sejak azali

percayalah
setiap ujian yang kita hadapi
bukan untuk kita rapati
bukan untuk kita tangisi
bukan juga perlu dihebohi tuk peroleh simpati
tetapi ujian itu adalah NIKMAT YANG ABADI
ujian itu satu jalan kearah kematangan diri

ya
aku bersyukur dikurniakan ALLAH SWT ujian ini
aku bersyukur aku masih mampu terjaga di kala mimpi
mimpi duniawi yang cukup indah memori
aku bersyukur masih mampu sedari realiti diri
realiti yang diri ini hanya sementara di atas muka bumi ini

nikmat ujian itu;)








p/s: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa

. ⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥

SEMOGA RAMADHAN PADA TAHUN INI MEMBERI LEBIH KEBERKATAN KEPADA KITA SEMUA.....