Puasa aku tahun lepas, dan puasa aku tahun ni, tak sama.
Diri aku tahun lepas, dan tahun ni pon tak sama.
Aku pun taktau la apa jadi, tapi sejak-sejak dah berusia 19 ni, I’m no longer the person I used to be. Sesape yang kenal aku sejak sekolah rendah sampai ke sekolah menengah dulu, you’ll no longer meet that person.
Who am I now?
Aku yang sekarang ni, sedang dalam perjalanan mencari diri yang baru. I no longer ‘like’ that person I used to be. I am currently addicted to Quran recitation by Saad Said Al-Ghamidi, with captivating translation at Youtube.Sebelum ini, hanya membaca Al-Quran, dan read the translation..just baca dgn kadang2 paham dan tak paham apa makna surah2 tersebut. Sebab merasakan diri Islam. Percaya 6rukun Imam dan 5 rukun Islam. We are born Islam, dibesarkan dgn didikan Islam, dan berada dalam negara Islam. Fine. dan macam perfect kan. But somehow, bila berada jauh dari keluarga..dimana teman selalu Tanya soal agama.. mcm terkesima tak tahu nak jawab apa, hanya bule jawab “aku lupe la all these and kdg2 hanya senyum saja. Rasa lidah ini tak pandai nak berkata-kata, menjawab segala pertanyaan yg dikemukakan.
Aku dah tak berapa suka diri aku yang dulu.
By Allah will, one day [in this Ramadhan] while I was bloghoping, terjumpalah video 'The Kingdom (Al-Mulk)' at blog seseorg ni. MasyaAllah, makna2 surah yg sebelum ini pernah dibaca berkali-kali, kali ini maknanya semua berpusing2 dalam kepala dan Alhamdulilah sangat mudah dipahami. Then i tried to search more video from the al-mulk-video developer in Youtube, sampai la terjumpa video 'The Beneficient (Ar-Rahman)'. Dulu masa di sekolah, setiap kena baca surah ni, dan tahu surah tersebut ada satu ayat istimewa yg sentiasa berulang2 dan ada maknanya yg tersendiri, tapi kali ini, by looking at this video.....dia punya maknanya.....sangat mendalam......
Aku yang sekarang ni, sedang dalam Hijrah, meninggalkan perkara-perkara tak elok yang tersemat dalam diri selama 19 tahun sebelum ni. Insya Allah.
Aku yang tahun lepas, dan aku yang tahun ni, dah tak sama.
Sebenarnya sejak-sejak dah berusia 19 ni, bila aku imbas balik aku di usia-usia lepas, aku malu. Serius malu. Banyaknya benda-benda yang aku buat, Allah tak suruh pun, dan banyaknya benda-benda yang Dia suruh aku buat, aku tak buat.
Last year, fasting for me is about surviving through the hungriness, thirst and tiredness while trying not to do bad things, and always too tired to do terawih. I didn’t have the streghth to fight the tiredness and lazyness. Raya, is just some joy of wearing something new, having fun meeting with families & friends and all the beautiful food.
Aku yang tahun lepas, dan aku yang tahun ni, dah tak sama.
Sebab sejak-sejak dah berusia 19 ni, aku decided nak banyakkan membaca untuk menjadi bekal perjalanan mencari diri ni, and in order to get more time to read (previously there’s always I don’t have the time to read’ as an excuse) and rarely on twitter and I don’t watch TV anymore. Sebab aku rasa banyak nya benda yang aku tertinggal.
Jadi, hasilnya, boleh dikatakan puasa aku tahun lepas, dan puasa aku tahun ni, tak sama.
Puasa tahun ni bagi aku is to renew all my habits and cure my addicitions. Give new ways to my brain and hormone to function. Orang kate nak renew benda baru ni susah. Yes, I admit it. Buuttt..believe that when we do anything for 30 days straight, our brain will make it automatic…if tak percaya,try lah..
Let say bulan puasa yg 30 hari ni, we train our nafsu by stop feeding them what they need. Masa bukan bulan puasa, we will always just follow our nafsu makan, put everything we crave inside our stomach. Bila something buat kita marah, mengusik hormon yang melahirkan reaksi nak marah, fizikal kita selalu bertindak ikut perasaan marah ni. Semuanya ikut nafsu (jarang guna akal), tapi bila puasa yang sebenar-benar puasa, kita melatih sifat SABAR, yg paling susah nak dapat, tapi paling besar ganjaran dan khasiatnya kepada our faith, atau dalam bahasa melayu nya IMAN.
Latih betul-betul sifat SABAR ni for 30 days, otak kita dah sepatutnya lost the connection highway untuk bertindak mengikut nafsu amarah, untuk binge melayan nafsu lapar. Kita memilih untuk SABAR, daripada melayan emosi dan hormon-hormon yg cenderung untuk tamak, berduka, bersedih, membenci, kecewa dan putus asa.
Do anything for 30 days, it will become automatic. (tak percaya boleh cuba sendiri)
Practice Make Perfect!
Dan sepatutnya 11 bulan yg lain, kita kekal dalam sifat SABAR ni dalam kehidupan sehari-hari kita. But most of us selalu balik ke keadaan asal waktu hari pertama raya. Instead of meraikan kejayaan kita mendidik nafsu ni, kita feed balik nafsu kita sepuas-puasnya dengan hiburan lagha, ketamakan, kebendaan dan suka ria, jadi apa yg kita trained otak kita 30 hari masa bulan puasa tu jadi sia-sia, our brain connections yang automatically do new (good) habits tu dah terbatal.
Terawih last year for me, is just terawih. But this year terawih is about fighting the pain and tiredness in order to arrive at the finish line. Bila kita melawan nafsu untuk berhenti separuh jalan, bila kita mendidik diri untuk menahan kepayahan dan kesakitan yang tidak dpt dielakkan in order for us mendapat hasilnya, ganjarannya besar. Kejayaannya manis, besar tak tergambar. Be it for terawih everyday for 30 days atau benda-benda lain dalam hidup yg juga memerlukan ketahanan macam terawih.
I don’t have any conclusion for my entry, I hope anyone who read this can use our most precious harta from Allah, iaitu akal, untuk merenung dan menimbang dan mengaplikasi pada realiti dan masaalah kehidupan masing-masing. Apa yg aku tulis ni sekadar memerhati dan belajar sesuatu dari pengalaman kehidupan dan kesilapan (dolu-dolu) aku sendiri.
Kadang-kadang bila kita rasa resah tentang hidup, what we need adalah SABAR yg begitu susah nak dimiliki tapi boleh dilatih untuk menjadi milik kita, di mana bulan puasa (melalui ibadah puasa dan terawih) adalah latihan paling agung, tiada bulan lain sepertinya.
Tapi ramai yang sekadar puasa dan terawih, tapi tak nampak apa faedah perbuatan kita yang sebulan ini untuk 11 bulan akan datang. Termasuk aku yang tahun lepas
.
Aku yang tahun lepas, dan aku yang tahun ni, dah tak sama.
Dan aku harap apa yang aku tuliskan ni kalau tak banyak pun sikit dapat melahirkan inspirasi kepada sahabat-sahabat yang membaca agar kita yang tahun ini sama-sama lebih baik dari kita yang tahun lepas.
Let us make this bulan puasa as a training so that 11 months after this our brain will use our consciense, atau dalam bahasa melayu nya AKAL, untuk memandu kehidupan kita sehari-hari, bukannya sekadar membiarkan jasad kita dipandu nafsu.
Harapan aku biarlah jalannya sukar di permulaan perubahan ini, moga di kemudian hari ada sinarNya dtg menyuluh pada aku...sebab aku percaya....hanya dgn usaha yang bersungguh-sungguh dan sentiasa berdoa padaNya, mohon padaNya..insyaAllah akan ada kejayaan di hadapan....Ameen....
"La yuraddul Qada'illa du'a.."
"Nothing could change the Qada' except Du'a.."
"Tidak berubah Qada' melainkan dengan Doa.."
~Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
Dan semoga raya kita tahun ni, adalah untuk meraikan kejayaan kita mengharungi ‘training’ ni.
Wallahu’alam dan Wassalam.
No comments:
Post a Comment