Friday, 24 June 2011

i have to change..

Alhamdulillah. Dah lama saya teringin nak melafazkan syukur yang bukan hanya terbatas pada bahasa mulut, tapi juga dengan bahasa tulisan...Oh, dah beberapa ketika juga saya dalam tempoh 'sibuk' menyembuhkan kembali kecederaan hati yang tak dibuat-buat... Syukur, Allah sudah lapangkan hati saya, memberi ketenangan semula dalam diri ini...rasa malu pula dengan entry lepas..hehe..itulah dia bilamana ketika otak tidak dapat berfikir dengan fikiran yang waras...menangis dan termenung sahaja...
macam tader life..sampailah satu pagi  itu..seorang yang saya amat sayang..sanggup berjaga sampai midnight [ dia study di negara orang yang bila malaysia sudah nampak matahari..mereka baru nak masuk tidur ] just for slow talk to me...thanks dear...bila awak nak balek msia??


pict ni as pengganti diri you..[org seberang laut sana tuh]
saya letak picture ni sebab kerana saya tahu awak pon sayang kucing kan..

malam nyer pula saya muhasabah diri terbaca satu page novel hlovate ni yang buat saya terkedu...Rupa-rupanya ujian itu selamanya akan memberi keuntungan kepada manusia selagi manusia memandang ia dengan kaca mata yang positif. Look into a bright side. Allah tak akan zalimi hamba-Nya. Mesti ada sebab kenapa kita diberi musibah, kan? Kalau tak mampu fikir, kita cuma perlu tahu yang Allah nak kita 'sabar' kerana dengan sabar, ada pahala. Ada keampunan. Ada rahmat. Dan ada cinta.

and...saya decide dalam diri saya..
saya perlu berubah
sangat perlu berubah

saya teringat satu sentences yang best dalam -contengan jalanan- by hlovate yang membuatkan saya rasa berasa betapa perlunya saya ubah diri saya


"Rasanya memang berbaloi untuk berubah, kerana semua kita tak tahu bila kita akan mati. Tak rugi pun jadi baik sekarang, sebab the man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh."

Mungkin kita lah yang 11th tu. Regretting life? Will be.

MasyaAllah...saya amat tersentuh bila membaca -contengan jalanan- ini..

Baca novel ni, tanpa sedar buat biji mata ni berair. Tragik betul Chad Meninggal masa 1 Syawal. Mujur dan dah Allah takdirkan dia meninggal dunia selepas dia kenal Dia dan selepas dia mencari Dia. Jauh kan? Kena pergi Sydney untuk cari Tuhan dan yang pastinya, tak membazir orang yang bermusafir mencari nilai hamba..

Subhanallah. Hati manusia ni Allah pegang. Bila Allah nak dia jadi baik, memang dia akan jadi baik. Hidayah Alalh datang tiap saat, dan tiap saat juga, kita lihat ada orang mengabaikan dan ada pula yang ambil petunjuk tu. Bila manusia buat keputusan untuk menerima, maka Allah akan baiki hati dia. Allah akan pusing hati dia 380 darjah. Dari kiblat yang mengadap Hollywood, boleh aja kiblat dia kembali mengadap masjidilharam.

Rugilah manusia kalau taknak berubah- dan lebih rugi kalau Allah dah beri peluang, tapi tetap kita taknak berubah. Well, after all, we choose our destiny ey? Memang susah nak berubah, tapi kita perlu tahu bahawa 'berubah dari jahat kepada baik', itu bukan lagi suatu pilihan yang kita boleh pilih macam pilihan jawapan masa SPM, tetapi 'berubah jadi baik itu ialah suatu benda yang mesti buat. No other option...tak kisah lah kalau you nak 'berubah dari jahat kepada baik' ke atau 'berubah dari pemalas kepada rajin' ke..kan kan...saya ni pon bukanlah baik sangat...selalu je buat masalah..mungkin tika ini sudah masanya saya berubah..

dan ini juga buat saya berfikir banyak kali tentang impian saya...
 saya perlu kerja kuat. Saya kena kerja keras.

Itupun kalau saya betul-betul nak berjaya. Macam 'seseorang' itu jugalah. Dia bukannya manusia yang luar biasa, kecuali kesungguhan dan usaha dia sahaja yang membuatkan dia jadi sedikit luar biasa daripada orang kebanyakan. Tapi memang betul apa janji Allah- kalau manusia tak ada usaha, bagaimana dia mahu berjaya? Dan kalau usaha pun tak seberapa, bagaimana mungkin hasil yang diraih itu seberapa. Heh... tak rugi untuk memasang impian. Yang rugi ialah membiarkan impian itu terkubur kerana malas berusaha. Tapi lebih rugi kalau biarkan usaha itu dilaksanakan dengan cara yang melanggar syarat.

pelangi itu akan datang selepas berhujan+panas+ribut dan taufan

berapa ramai antara kita tak tahu apa erti hidup?

hidup bukan semata-mata untuk orang yang tersayang
hidup bukan hanya mengejar cita-cita dunia juga
hidup tidak diertikan dengan kereta apa yang dipakai
hidup juga bukan juga pada apa pekerjaan kamu
kita hidup di dunia, untuk cari bekalan akhirat semata
mati itu pasti,
tapi dah kenal betul-betul Maha Pencipta sebelum berjumpa denganNya??

-may Allah bless-




p/s: doakan saya tabah dan kuat menjalani hari-hari yang mendatang..InsyaAllah

No comments:

Post a Comment